Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 6, 2010

Saje-saje suka..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Saja-saja suke, hilangkan boring dengan deefunia.com. Best jugak..




Tuesday, February 2, 2010

sekadar berceloteh


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dua tiga hari ni, twins cukup lalu makan. Saya pula yang tak lalu makan. Mungkin memikirkan banyak kerja yang tak settle. JIka saya terlalu stress, saya boleh demam. Masa saya study waktu degree dulu, saya tak suka stay up malam sbb takut kalau tak cukup tidur memang effect kesihatan saya. Masa dalam pantang selepas melahirkan twins dulu, saya memang tak cukup tidur dan tak cukup rehat. Masa tu stress sangat sbb dah la anak sulong, kembar lak tu. Huhu perit rasanya. Badan saya sangat pucat dan rasa mahu pitam saja. Alhamdulillah, hinggalah twins umur 5 bulan, barulah badan saya kembali sihat.

Sekarang ni pun, twins semakin aktif, tapi yang mudahnya, ummi dah tak payah nak dukung dah kalau kat rumah. Keletah mereka yang mencuit hatilah yang menjadi ubat kebosanan sekali sekala. Kat rumah, mereka suka tengok vcd sambil main kete mainan n sepah2kan mainan mereka dan buku2 di rak buku. Mulut nashrul ni ringan sikit dari adiknya fathul. Nashrul mudah mengikut apa yang dia tengok dalam vcd. Dia dah boleh mengira 1-10 dalam bahasa melayu n english, baca abc dan alif ba ta secara tak teratur. fathul plak cuma tersengeh-sengeh saja bila tengok vcd. Perkembangan mereka tak sama. Kalau dari fizikal pula, badan fathul jauh lebih besar dan tinggi. "eh,eh, tinggi fathul dah sampai takat pinggang ummi dia." kata kawan saya suatu hari. Berat dia tak usah cakap. Tak larat dah ummi nak dukung, sakit pinggang ni.

Huhu, saya rasa penat dan mengantuk sangat. Citer lagi lain kali, insyaAllah..

Saturday, January 23, 2010

Sebelum mata tertutup



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Anak-anak sudah tidur. Peluang untuk mencoretkan sesuatu. Saya mengaku bahawa saya seorang ibu yang agak rajin memasak untuk anak saya. Namun, di sisi kebaikan itu, timbul satu problematika yang lain. Bila anak saya makan, saya juga turut makan malah lebih banyak. Bila anak saya tidak habis makan maka sayalah tukang perabih makanan itu kerana tidak mahu membazir. Rentetan itu, berat badan saya naik mendadak kerana kerjanya makannnn...adakalanya tidak semua masakan saya itu disukai oleh anak, maka sayalah juga yang makan makanan tersebut. Tapi nasib baik juga kerana kekerapan menyusu nashrul tidak menyebabkan saya kelihatan gedempal:-). Pagi ni saya masak kuih seri muka. Sedap sangat, anak2 sangat menggemari. Resepinya bagus sekali amik di sini. First time buat terus jadi. Alhamdulillah, rezeki anak-anak di pagi selasa ni.

"IBU ADALAH MADRASAH,BILA ENGKAU PERSIAPKAN DENGAN BAIK,MAKA KAU TELAH MEMPERSIAPKAN BANGSA YANG BAIK DAN KUAT, IBU LAKSANA TAMAN, BILA KAU PELIHARA TAMANNYA DGN SIRAMAN YANG CUKUP,MAKA AKAN TUMBUH DENGAN SUBUR DAN RENDANG" (ruj:begini seharusnya mendidik anak olh Al-Maghribi bin As Said Al-Maghribi)


Peluang membesarkan dan mendidik anak merupakan anugerah yang tidak terhingga oleh Allah swt kepada seorang wanita yang bergelar ibu. Masakan tidak, setiap perkara yang kita tempuhi dan lalui seawal dari hamil lagi sudah bernilai ibadah dan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhitung banyaknya. Umpama mendapat sejumlah wang yang banyak, bagaimana kita seharusnya menggunakan wang itu? Simpan dalam bank, membelanjakan wang tersebut, melabur atau bagaimana? Anak merupakan aset bagi orang-orang yang beriman. Di mana, mereka mendidiknya bukan bertujuan untuk sekadar mendapat kemasyhuran dan kekayaan di dunia tatkala anak-anak bisa meraih gelaran doktor, jurutera, lawyer, artis, arkitek dll tapi orang-orang beriman itu bijak kerana bagi mereka anak merupakan aset pelaburan yang lebih menguntungkan di alam barzakh kelak. Bukan sebatas dunia sahaja.

"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan, atau Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (diriwayat oleh Muslim).

"Sesungguhnya pahala amalan dan kebajikan yang dicapai oleh seseorang mu'min selepas matinya ialah ilmu pengetahuan yang disebarinya atau anak soleh yang ditinggalnya atau naskah Quran yang dipusakakannya atau masjid yang dibinakannya atau rumah tumpangan perantau yang dirikan atau sungai yang dialirkannya atau derma yang dikeluarkan dari hartanya dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya akan diperolihi pahalanya selepas matinya" (diriwayat oleh Ibnu Majah)


Dalam hadith yang pertama mengatakan anak yang soleh yang mendoakan ibubapa manakala hadith kedua hanya menyatakan anak yang soleh sahaja. Ini bermakna tidak hanya melalui doa saja anak yg soleh dapat membantu ibubapa mereka setelah meninggal dunia bahkan setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh si anak dengan niat akan sampai kepada ibubapanya akan disampaikan oleh Allah swt. Bayangkan betapa banyak pahala jika anak itu dididik menjadi pembela agama, pemimpin, pencetus hidayah kepada orang lain, penyebar kebaikan, penumbang kejahatan dan kebatilan dan lain-lain. Ini satu pelaburan yang bijak yang Allah tawarkan kepada kita, maka tidak mahukah kita menerima tawaran yang hebat ini?

Sahabat sekalian, mendidik anak untuk menjadi soleh saya akui sukar. Anak soleh yang punya akhlak yang memikat, punya ketinggian ilmu duniawi dan ukhrawi, dan dihiasi dengan peribadi indah bak bunga mawar yang mekar. Ya Allah, usahaku kini masih kerdil ditambah dengan diri ini yang belum disiapkan dengan secukupnya buat membentuk anak menjadi anak soleh dambaan hati. Ibu-ibu, mari kita saling memotivasikan diri sesama kita agar kita berusaha mendidik anak yang bisa membantu kita setelah mata kita tertutup rapat dan jasad kita ditanam di liang lahad sana...

Monday, January 18, 2010

Suatu malam di Alamanda..


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Saya mula buat kempen di rumah. Kempen kurangkan gula dan garam dalam masakan dan minuman. Mudah-mudahan istiqamah. Sebelum tu dah bagi tau pada cik abang, "maaf jika masakan atau minuman rasa kurang masin or manis ye sbb saya tengah buat kempen ni. Untuk kesihatan kita bersama juga". Bila umur dah semakin meningkat, rasa risau pulak. Arwah abah saya dulu memang mengidap diabetes dan disahkan meninggal sebab heart attack. Masa mengandung dulu nurse selalu tanya, "ada keturunan diabetes tak?" Jawapannya ada. Pastu kena buat ujian gula, hanya tuhan yang tahu masa nak habiskan air gula segelas tu. Nasib baik tak termuntah kat situ. Alhamdulillah, keputusannya tak mengidap diabetes. Ibu saya pula setakat ni alhamdulillah tiada apa-apa penyakit. Semoga Allah terus kurniakan kesihatan kepada ibu..ameen.

Kali ni saya nak cerita-ceriti je. Meluahkan perasaan yang berlaku pada malam sabtu lepas. Malam tu, ayah bawa ummi dan twins ke alamanda. Hasrat ayah mahu membeli jam tangan baru kerana jam tangan lama sudah rosak. Wah, bukan selalu dapat ke alamanda ni, tapi dalam kepala ni memang sebenarnya sudah terbayang bagaimana keadaan kami berempat bila sampai di sana. Namun, dalam hati mengharapkan twins berkelakuan baik. Tak menyusahkan ummi dan ayah. Dari nilai ke putrajaya lama jugak, rasanya lebih setengah jam kot..

Sampai di sana, twins mula menunjukkan reaksi gembira. Bila masuk dalam alamanda, mereka meloloskan diri dari dukungan. Ibarat kelawar yang keluar dari gua, mereka lari sesuka hati tanpa mahu dipimpin tangan. Inilah yang ummi bayangkan masa kat rumah, mesti jadi macam ni. nak window shopping pun tak boleh. Jadilah adegan kejar-mengejar kat alamanda tu. Ayah kejar adik, ummi kejar abang. Kami masing-masing terpisah dan bertemu semula selepas ayah call ada kat mana. Abang nashrul pantang tengok escalator, dia teruja sangat dan memecut laju ke arah escalator. Setelah pusing-pusing tanpa ayah dapat tengok jam, akhirnya kami mengalah. "Jomlah kita balik. Kata ayah. Kami pun pulang. Rasa tak berbaloi saja pergi. Mahu turun berat badan setengah kilo. balik rumah habis sendi bahu ni rasa sakit-sakit. Lelah tak usah cakap. Mungkin ada hikmah di sebalik tak dapat beli jam kat situ. Ayah sudah pun beli jam di Nilai ni. Rasa saya, harga barang-barang kat alamanda tu jauh lebih mahal berbanding di tempat saya. Masa duk kejar nashrul dalam alamanda, saya ada terpandang harga sejenis tudung sehelai RM38. Di Nilai, tudung yang sama jenis harga RM30 je. Sudah lokasinya pun kat putrajaya. Patutla mahalkan. Itula hikmahnya. Kalau sekadar nak window shopping tu boleh la :).

Sunday, January 10, 2010

'CAUSE I AM A MOTHER NOW


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

My Status has been raised;
My efforts have been praised;
Not in an ordinary way or at some place small,
But in the greatest book of all.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'ause I am a mother now.

Mother-baby bondage is the strongest for sure;
My rights when compared are three times more;
Though sacrifices are ahead that I have to endure,
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

The baby needs my love and attention most,
Even if I don't have a career to boast.
Staying at home for my child's sake is worth it I vow.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

Even if my child has few toys to play,
Having his mom as a playmate will make him gay.
With my guidance and care he'll not go astray.
I'm sure proud that I am here at home to stay.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

Islam balances the roles for both husband and wife;
Both offer their duties and smooth stays the carraige of life.
My husband provides for the money that's true,
And relieves me of the burden to find work to do
So that all my zest and energy are for our child too.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.

Research too states that mother is the best
Than leaving the baby at a day care nest.
Teaching right from wrong is the parents' full time job.
A child's personaltiy is made once, thus impossible to rob.
Being thankful to Allah, my head goes down to bow.
Why? 'cause I am a mother now.


source:http://www.islamicpoem.com

Friday, January 8, 2010

Amalkan menu sihat


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
2,3 hari lepas saya sengal2 badan akibat makan sejenis sayur yang sungguh bisa iaitu kobis. Waduh, terasa macam nak demam. Lepas ni taknak makan dah kobis ni. Selepas melahirkan anak, memang terasa Allah sudah tarik sedikit demi sedikit nikmat kesihatan. Sebagai seorang wanita, apa yang kita makan akan mempengaruhi tahap kesihatan diri kita. Pentingnya seorang isteri dan ibu menjaga kesihatan agar kita dapat menguruskan keluarga dengan baik dan teratur.

2,3 hari lepas suami juga ada membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan mendapati tahap kolesterol darahnya agak tinggi. Doktor nasihatkan agar kurangkan makan makanan 'deep fries'. Ini suatu cabaran bagi saya kerana seorang isteri yang mecorak pemakanan ahli keluarganya. KAdang2 kita rasa dah masak secara sihat, tapi mungkin waktu kerja time tengahari suami makan di luar so kita tak tahu makanan jenis apa yang di ambil. Alhamdulillah tekanan darahnya ok. Di rumah saya memasak tidak terlalu mengikut selera suami kerana selera nya lebih kepada makanan jenis berkolesterol tinggi. Nampaknya kena cari idea baru ni untuk mempelbagaikan menu sihat..satu cabaran bagi saya.


Apa yang kita masak setiap hari dapat mencorakkan jenis selera anak-anak. Biasakan bagi mereka makan sup, masakan kukus, panggang tanpa minyak atau rebus. KAlau di kampung saya, makanan favourite saya ialah makan nasi putih panas bersama budu yang dipenyek lada, ikan tawar yg dipanggang tanpa minyak serta ulam-ulaman yang segar. Waduh, cukup menyelerakan, sudah lama tak jumpa tuh. Kalau ayam, kadang-kadang je ibu saya masak.
Antara makanan yang mengandungi kolesterol tinggi ialah kulit ayam. Saya kalau siang ayam memang buang habis kulit tu. So, jangan selalu sangat makan kfc tu, tak bagus untuk kesihatan :). Tambahan pulak, makanan segera ni pasti punya msg yang banyak. kalau sekali sekala tu tak mengapalah. Alhamdulillah, dekat rumah saya ni, ada satu kedai ayam organik baru dibuka. Biarpun mahal sikit, insyaAllah lebih baik dari ayam yang disuntik hormon. Tapi lebih baik jika anak kita diberi makan ikan kerana khasiat asli minyak ikannya contohnya ikan tenggiri :). Dulu masa saya peknen, doktor ada cakap, ikan sungai sebenarnya banyak khasiat antarannya mengandungi banyak DHA. Antara ikan sungai yang banyak DHA ialah ikan keli. Amat baik sekali jika diberi pada anak2 anda makan, tapi masalah saya ialah saya GELI GELEMAN dengan ikan keli. huhuhu..masalah besar..itulah kelemahan saya yang sampai sekarang tdk dapat diatasi.

Mudah-mudahan kita semua terus diberi nikmat kesihatan yg baik agar dapat melakukan amal ibadah dan berbakti kepada keluarga..ameen..

Tuesday, January 5, 2010

Citer dapur, anak dan susu


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Pagi tadi saya buat sarapan spagetti goreng. Alhamdulillah anak2 suka makan. Banyak lagi berbaki nampaknya makan sampai ke petang le. Semalam dapat rak pinggan baru, cik abang beli. Nampak cantik je kat dapur tu, hmm, baru la rajin sket memasak kan kalau dapur kite cantik..:). Gambar di atas sekadar hiasan, dapur rumah saya takde la secantik itu hehe..

Semalam saya ada terbaca thread di susuibu.com tajuk menyusu lebih 2 tahun anak jadi tak cerdik. Saya jarang2 menyinggah ke sana sbb kalau dah masuk haaai..sampai ke petang le dok baca threads kat situ. Pada pendapat saya, anak cerdik ke tidak itu bergantung kepada asuhan ibubapa. Kepintaran anak2 dalam pelajaran juga adalah mengikut genetik yang diwarisi dari ibubapanya dan juga mengikut kerajinan individu. Ada anak yang pandai tapi akibat dilalaikan oleh ibubapa, ia terabai dan tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Ada anak yang agak lambat, tapi disebabkan ibubapa yang sangat2 mengambil berat dalam pelajaran dan sentiasa memberikan dorongan kepada anaknya, alhamdulillah anak itu berhasil juga meraih kejayaan yang cemerlang.

Ada ibubapa yang bersikap asbol (asal boleh) dalam mendidik anak2 jadi hasilnya prestasi anak-anak juga asbol. Tak cemerlang pun takpe asal boleh. Pendidikan begini bukan sahaja menjadikan anak2 tidak cemerlang di dunia bahkan akhirat..ia suatu hari nanti menjadi muslim yang asal boleh..asal solat, tak kisah khusyuk ke tidak, asal puasa, tak kisah ikhlas ke tidak..bila asal boleh..ia tidak bercita-cita ingin menjadi seorang insan yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Mungkin menyusu anak lebih dari 2 tahun mengakibatkan anak jadi tidak cerdik hanyalah satu mitos masyarakat kita. Mitos orang tua2 di kampung sebelah kampung saya lagi mistik. Menurut orang kampung itu, bila anak mencapai umur 2 tahun, kena cepat2 berhenti dengan jumpa bidan kampung yang pandai bomohkan anak supaya hilang keinginan untuk menyusu lagi. Jika tidak bukan susu ibu yang dihisap sebenarnya tapi darah ibu. Mula2 saya dengar, raca lucu juga. :) Have to stop now, many homeworks to do..tata..
 

Blog Widget by LinkWithin